Kenali Jenis Kulit Anda

Setiap insan yang ada dekat muka bumi ni berbeza. Berbeza dari segi rupa, personaliti, gaya hidup. Macam tu juga kulit. Ada pelbagai jenis kulit dan setiap jenis kulit memerlukan pendekatan yang berbeza.

Secara asasnya ada empat jenis kulit.

1) Kulit kering: kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin disertai garis-garis halus. Porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh. Keutamaan utama kulit kering adalah menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelepusan.

2) Kulit normal: Kulit normal kelihatan licin, halus serta mempunyai tona kulit yang sihat. Tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. Tumpuan untuk kulit normal adalah mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit kekal sihat.

3) Kulit berminyak: Ciri-ciri kulit berminyak adalah ketara. Porinya kasar dan kulit kelihatan berkilat. Sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat. Tumpuannya adalah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.

4) Kulit kombinasi: Jenis kulit ini agak lazim. Kulit jenis ini agak normal/kecing di kawasan lain kecuali kawasan T zon adalah berminyak. Tumpuan bagi kulit jenis ini adalah untuk memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yang lebih berminyak.

Sekarang anda dah tau jenis kulit anda?

Produk Mary Kay dicipta dengan pelbagai jenis, khusus untuk jenis2 kulit. Jadi dapatkan consultation dari BC anda untuk mengenalpasti produk Mary Kay yang sesuai untuk keperluan dan jenis kulit anda.

Comments

Popular Posts